entry tanpa gambar.. macam mane saya nak letak gambar kan!
okey, ni cerita semalam. semalam saya telah pergi potong rambut di kedai. bagi org lain, mungkin ini adalah normal, tapi pada saya, ini adalah luar biasa! sebab dari kecik lagi, mak yang potongkan rambut kiteroang adik beradik (perempuan aje la...) biasa kalau rambut dah panjang sangat, mak akan potongkan waktu petang. tak de stail ape pun.. just staight cut aje (eh, macam jeans pulak!) rambut kami pulak biasanya akan dipotong paling pendek pun paras bawah telinga (bukan stail lelaki), sebab tu la mak boleh potongkan sendiri. perkara paling best bila potong rambut dengan mak adalah mak akan buatkan baju kertas untuk kiteorang. baju tu dari surat khabar je, amek paper yg saiz besar, lipat empat, guting kt bucu tengah supaya dapat masuk kepala.. tadaaa!!! jadi dahh!! fungsinya, taknak bagi rambut melekat kat baju
bila saya menginjak remaja (19 and above) saya ade kecenderungan untuk memotong rambut sendiri.. terutama bila masalah besar yang saya tak boleh tahan dan masa tu jugak mak tak sempat nak potongkan rambut, saya akan potong rambut. mula2 try2 sebab tension, tapi lepas2 tu, asal rasa rambut ni panjang aje, saya akan potong sendiri.. leceh la nak pegi kedai... tapi leceh lagi nak sapu rambut kat lantai. paling tak tahan, siap pernah potongkan rambut orang tu.. haha! pastu dia pegi kedai untuk potong rambut, cina saloon tu complain rambut tak sama (haha kerja saya la tu!!!!)
semalam, kawan temankan saya tido kat rumah ni, sebab mak ayah balik kampung. nak anta dia semalam, saya ajak dia potong rambut. dah lama dia dok promote kadai dia ni.. ape salahnye try kan!
kedai ni dipunyai oleh org siam. layanan bagus, kedai pun selesa walaupun tak mewah. kami panggil tuan kedai ni 'mek'. mek ni bukan setakan potongkan rambut saje, tapi dia jugak akan sesuaikan bentuk muka dgn stail rambut (ini biasa) dan bentuk kepala. baru la saya tahu kepala saya ni leper, tak bulat mcm org lain (patut bula ikat nampak bersegi pon) jadi mek potongkan rambut saya supaya sesuai dgn muka dan bentuk kepala.. hasilnya, saya amat berpuas hati!
upah? rm8 sahaja;p berapa rate potong rambut sebenarnye ye?
4 pengomen tegar:
nak tau sini brp harganya? yg lelaki la..yg perempuan tak tau..tak survey pun. 10 dollar! mahal ya amat potong rambut kat sini tapi husband akak gi je potong kat kedai..dia takut kalau bini dia potongkan, tobek pulak rambut. ekeke..
rm 8 murah kot
klu kat skudai ni tak dapat la bawah 10
ke sbb ikut rambut yg tidak sikit hehehe
senang gi kedai ni tak yah pk senget ke nak kemas ke kan
tp mmg ada jenis or; hobi; nk kerat sendiri gak-- termasuklah anda hehehe
kak nadiah:kot2 barber kat sana ade PhD kot kak!ape kate suruh husband kak nadiah botak je sementara dok sana.. nanti2 balik malaysia simpan la balik;p
ayen: taraf hidup di johor memanggggggg tinggi.. itu memang diketahui sejak azali..
akak yg tak bg dia botakkan rambut :p. dia tak sesuai la botak
Post a Comment