kenapa??? kenapa??? kenapa raya haji meriah??!!
ini bukanlah bermaksud raya puasa tak meriah-ia sama meriah macam orang lain okeyyy!! cuma raya haji memang meriah (berbanding negeri2 lain).
okay, saya barcakap berdasarkan pengalaman. dulu2 sebelum saya pindah ke kelantan, saya tinggal di perak dan kl. tapi kat kl tu kite abaikan la sebab masa tu saya kecik lagi. masa saya tinggal di perak, saya pernah merasa raya haji kat sana.. serius tak seronok!!!!!! lepas smayang raya, terus pergi padang (sebab masa tu kami tinggal di quarters hospital) untuk tengok proses penyembelihan, amek daging, dan balik.... tak best betul... sepupu saya yang beraya di kl pun pernah cerita, lepas aje solat raya, dia terus balik tido (laaaaagiiiii terokkkkk!!)
mari saya cerita ape yang kami buat masa raya haji:
satu:
kami akan buat biskut raya dan ketupat-sama macam waktu raya puasa... kalau ayah saya, dia akan buat lemang, dan mak pulak buat rendang. biskut raya kami x buat banyak sangat masa raya ni. see! bukan raya puasa je ade benda2 gitu...
dua:
aktiviti sembelihan akan diadakan sampai hari terakhir raya.. sampai 13 zulhijjah.. dan aktiviti ni tak terhad.. sape nak sembelih pagi, pagi lah... sape nak sembelih petang, petang la...yg penting ada tukang sembelih;p
tiga:
lepas ibadah korban dilakukan, kami akan masak terus, dan makan!!!!
bagi keluarga saya pulak, ibadah korban akan dilakukan pada hari kedua. biasanya seekor lembu tu mmg kami punye aje.. mak, ayah, mak sedara, pak sedara, tok akan kongsi sama2 tujuh bahagian tu; iye la bukan sume orang nak sembelih masa hari kedua kan! dan hari ketiga kami akan buat kenduri. reason kami sembelih masa hari kedua? masa raya pertama, ramai sangat dah orang buat korban dan masing2 akan menjemput kami pergi makan daging kt rumah mereka. disebabkan ramai sangat ajak, kadang2 sampai terpaksa mengecewakan sebab semua pun akan serve nasi. ohhh disaster kalo lepas nasik- nasik. lepas nasik- nasik!!! sebab tu la kami buat petang raya kedua.
macam tahun ni kami buat kenduri kat rumah maksu/paksu saya. ayah amek 4 bahagian kot untu keluarga saya. satu mak su su, satu mak su yah, satu paksu. tradisi lagi satu keluarga saya ialah bagi korban kat orang lain. contoh: ayah saya beli 4 bahagian guna duit dia, tapi yang niat korban tu adalah orang lain (eg saya atau adik2). kire ayah saya amek satu bahagian aje la. saya sendiri rasenye dah 2 kali korban. biasa kiteorang bergilir. macam tahun lepas saya dh korban, tahun ni saya bagi adik saya la pulak..
masa kenduri haritu (raya ketiga-hari jumaat) kami masak sup tulang (dapat 2 periuk besar), daging kicap, daging masak kerutuk, perut masak asam dan satu je tak bersaskan daging: taucu;p majlis bermula lepas jumaat. lepas je solat jumaat, orang2 lelaki terus serbu rumah. fuhh!!! gelabah!!takut nasi tak cukup! haha! tpi lepas orang lelaki berunsur pulang, lega... sume pun cukup, alhamdulillah!
jangan tak tahu, kami siap buat khemah kat luar rumah.. macam kenduri kawin yang tak berapa meriah tu... haa lepas baca ape komen anda? adakah anda rasa raya haji kt kelantan lebih meriah drpd tempat anda?
2 pengomen tegar:
sangat meriah! saya mesti pilih!
kannnnnnnnnnn!!!!!!!!!!
Post a Comment