bila Muharam dtg, sibuk la org buat bubur asyura.. saya pun sama! haritu ade org kampung ni dtg anta bubur asyura.. sape entah!
sy pernah mkn bubur asyura kelantan, penang n perak. bubur asyura kelantan hitam sikit berbanding bubur asyura perak n penang. bubur asyura penang kelabu. perak, sy rase kelabu jugak kot!
kalo bubur asyura kelantan, deorang akan letak daging. daging tu direbus dulu, dicarik2 dan dimasukkan.
bubur asyura penang pulak ade pisang.. wangi je bubur asyura tu.. betul2 menggamit perasaan nak makan;p
bubur asyura perak... sy lupa lagi daaaa....huhu
yg sy tau, bubur asyura kelantan deorang letak rempah.. pegi je atas pasar siti khadijah tu, mintak la rempah bubur asyura.. org tu siap bungkuskan rempah utk segantang beras ke.. dua gantang ke... balik rumah, tinggal nk tuang je dlm kawah..
ok la.. jemput makan ye semua!