goodbye Mr. B... setelah setahun sembilan bulan aku bersama kamu akhirnye kite terpaksa berpisah.. doktor di unit orthodontik telah memisahkan kite dan me'matchmaking' kan aku dgn Mr. R pulak... Mr. R x best... sakit hoo... habis luka mulut aku.. nak bukak mulut pun payah... walaupun Mr B selalu menaghalang aku memberi senyuman manis pada orang lain, tp aku selesa bersamanya.. hehe.. jiwang ~~~
ahad lepas, aku dh bukak braces... hoooreeyyyy!!! suke!!! nape aku pakai braces? sebab gigi aku crowded sangat... iye la saiz gusi xde la besar sangat, tp saiz gigi ikut saiz standard atau lebih besar ;p
sebenarnye kawan ayah aku dh lama suruh buat, lebih kurang mase aku form 4-5. mase tu braces x femes lagi, jadi aku xnak pakai la.. kang pelik2 pada orang pulak. mase tu adik aku yg lelaki tu je yang pakai... aku still x berganjak dgn keputusan.. huhu degil!
pas tu, mase aku final year, aku mula rase nak pakai.. sebabnye aku perasan gigi aku mudah benar kotor.. x suke! so aku oun mula la bising2 nak pakai braces.. so ayah pun bawak pegi jmpe kwn dia, buat x-ray (2 keping, satu kedudukan dr depan, dan lagi satu dr rahang kiri ke kanan, ie mesin x-ray tu bergerak utk capture). kemudian, dr amek mold gigi aku pulak.. guna benda seakan2 plastisin, dan masukkan dlm mulut kejap, dan mereka buat study model gigi aku.
pas tu tungggggggggguuuuuuu sampai dia panggil.. (read: aku bising2 kat ayah tanye bile bole buat)
perjumpaan pertama (18 march 2008):
dr just explain ape rawatan yang aku kena lalui. dan dia inform gigi yang kena cabut. dr decide utk cabut 4 batang gigi; kedudukan di belakang gigi taring tu di kiri kanan, atas dna bawah. dan kena operate utk buang gigi2 geraham bongsu yang xnak keluar sebab terhadang dangan gigi lain (yang i ni aku mintak excuse dulu.. takut!!!) so gigi yang kena cabut tu aku cabut di pusat kesihatan USM. seminggu sebatang.. sampai dr kt sini pun dh kenal aku;p
perjumpaan kedua (12 may 2008)
lepas tu, dr akan masukkan separator, mcm gelang getah kecil antara gigi geraham untuk buat ruang untuk letakkan band pd step seterusnya. duration pakai separator: seminggu
perjumpaan ketiga (18 may 2008)
lepas bukak separator, dr letak band; benda seakan2 gelang yang diletakkan pd gigi geraham 2nd last. fungsi: mcm anchor kot! haha hentam aje..
perjumpaan keempat (1 july 2008)
dr letakkan bracket-benda kotak2 kt gigi tu.. benda tu kena letak 24 jam, baru gam dia betul2 kuat.
perjumpaan kelima (2 july 2008)
maka bermula la ekspedisi braces aku.. besi tu kite panggil arch wire. dia ade saiz yg tersendiri. mule2 dia letak yg lembut, kemudia makin keras dan makin fix bentuknye. last skali mmg bentuk yg perfect kot. sebab aku pakai wire yg last dlm 6 bulan. just tukar ligature aje (ligature is benda yang warna warni yang tukar2 kt gigi tu)
selepas perjumpaan ke enam tujuh lapan sembilan.... infiniti (11 april 2010)
masa utk bukak braces! dia potong je arch wire tu, dan cabut bracket guna benda seakan2 playar. sakit ooooo... mcm cabut gigi xde bius.. last skalo dr amek mold gigi yang baru dan buat retainer.. maka sekarang kena pakai retainer la pulak.. utk 3 bulan pertama, kena pakai 24 hours.. lama benar.. gatal anak tekak ni bile terkena retainer ni..
lepas pakai braces, gigi taring aku yang dulunya nun tinggi melangit dh turun dan x bertindih dgn gigi lain dan. susunan gigi aku yang dulunya bentuk segiempat dan jadi bentuk 'u' mcm model gigi nurse yang ajar buadak2 gosok gigi tu. gigi bawah aku dh cun (walaupun x perfect), tak tunggang langgang mcm dulu dah.

gambar sebelum, semasa dan selepas memakai braces

memperkenalkan my new lover, mr r