JANGAN LUPA TARIKH

join grup ini tanpa paksaan

APA MEREKA KATA

Grab This Widget

RUANG UNTUK MAMI JARUM


ShoutMix chat widget

PARA PELANCONG

YANG KELUAR DAN MASUK KE SINI

Sunday, October 24, 2010

tak pandai berlakon

wahhh lama betul aku x update blog.. dah pecah rekod kot? rekod paling lama x update blog.. huhuh

baik lah, hari ini aku nak bercerita pasal orang2 di sekeliling aku yang annoying. biasa la, dok kat kampung ni lain sikit. kisahnye, aku baru tahu kat kampung ni ade seorang radio buruk. selama ni aku memang la tak tahu. betul!! sebab radio buruk nih memang rapat dengan keluarga besar kami (ie:mak ayah aku, mak sedara pak sedara aku, sepupu2 aku). maka bile rapat tu rahsia keluarga adalah rahsia dia jua. dah rapat kan! kalo ikutkan hubungan kire dah jauh la sikit sebab dia dua pupu mak aku. aku dengan dia ni dah kira menjadi kupu2 la. baru2 ni ade la satu masalah dalam keluarga kami. bukan masalah gaduh pon... cuma masalah perangai buruk je. dan kami sekeluarga masih dalam usaha menyelesaikan masalah itu. satu hari maksu aku (mak sedara aku) bagitau, jangan sampai mak cik X ni tahu. aku pun terkejut la.. apsal la kan! kan dia baik ngan kite. rupe2 nye baru la aku tahu mak cik X adalah penyebar cerita. kalau tahu kat dia, memang HABESSSS!! baru la aku tahu cerita sebenar... sebab mak cik ni adalah seorang yang mengalami masalah pendengaran. aku ingatkan bila dia tanye banyak2 kali tu sebab tak dengar, rupenye sebab dia nak korek rahsia dengan tak dengar la kot!

ade satu kejadian, bila speupu aku kawin koboi. masa tu mak sedara aku cakap dah jemput mak cik X. so bila dia dtg rumah hari kejadian tu aku siap berseloroh ngan dia suruh dia kupas bawang. dia cakap "nape? nape? ade ape nak kena kupas bawang" aku masa tu terkejut dah. aku mati2 risau dgn diri aku nih.. risau nape otak aku tak leh digest maklumat dengan betul. risau kenapa aku tak faham ape orang cakap. rupe2nye itu adalah helah mak cik X untuk tahu cerita lebih lanjut. mak su kate dia memang pandai dan licik. dia akan pretend mcm tak tahu, walhal niat dia untuk korek rahsia.

lagi satu aku nak mengadu pasal mak cik X ini adalah sikap dia yang suka meminta-minta. dulu, betul la dia susah. ibu tunggal dah tak de sumber pendapatan. mak aku selalu la bagi sedekah kat dia. sekarang, anak2 dah bekerja. sebulan anta beratus2 ringgit kat mak cik X. tapi mak su kate selalu benar kalo dia pegi umah mak su aku, mesti tanye mak aku xnak sedekah ke kat dia.maksu aku bosan asek tanye bagitau la kat mak aku. mak aku pun bagi je la... pas tu mintakkkkkkkkkkk lagi!!!!

aku kan, bukan macam adik aku. adik aku baik. dia tak suka pun dia bola layan orang tu bersembang etc. kalo aku? aku taj suka, muka pun aku tak nak tengok!!memang aku tak pandai berlako dan tak pandai nak cover kalo aku tak puas ati.. dan ini memang tak baik untuk masa depan!

2 pengomen tegar:

brat2104 said...

hehe.. sabar..

sometimes.. niat tu bukan utk berlakon tapi untuk menjaga hati sebab nak jaga hubungan.. tu pun penting bila kita hidup bermasayarakat ni..

kalau tension sangat, cuba sekali2 awk backfire je makcik tu.. "eh2.. makin dahsyat la telinga makcik ni... dh try g klinik x? jgn biar lama2.. bahaya oo.." (muka mesti manis..tulus je masa cakap. jgn buat muka menyindir)

puan oryza said...

ha a... emmang tu la niat adik sy.. sy takkkkk!!! tak suke is tak suke! kdg2 rasa jugak nak maniskan muka. tapi x menjadi..

mak cik kepoh wakkkkk!!! org beli rantai baru, x bgtau dia pun dia marah.. haiya.. ini macam punye olang pun ade!

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks DesignBlogger Theme distributed by FREE Templates 4U